Sunday, July 18, 2010

sekapur sireh

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dan salam sejahtera
.

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, generasi para sahabat dan para fisabilillah akhir zaman.

Alhamdulillah, segunung kesyukuran kita pasrahkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan hidayah-Nya jua, kita dapat di ketemukan bersama beralas wadah serta penuh pengajaran agar setiap ilmu dapat dititipkan serta dikongsi bersama. Hakikatnya, untuk mengumpul pelbagai fakta dan menerbitkan bicara tanpa lisan ini sebagai pusaka yang julung-julung kalinya dilakukan bagi pihak saya mengambil masa yang agak lama kerana setiap sudut perkara perlu di ambil kira. Ini kerana pelbagai kesilapan boleh berlaku namun di tegaskan bahawa fakta yang terdapat di dalam ini hanyalah bukti yang berada di sekeliling kita berdasarkan apa yang telah berlaku dan apa yang sedang berlaku. Terima kasih kepada mereka yang membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung kerana sanggup berkorban tanpa kenal erti penat dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan selama tempoh pencarian fakta dijalankan.

Syukur juga di panjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya telah memberi waktu dan kesempatan untuk bertungkus-lumus dalam melengkapkan pengumpulan fakta ini.

Akhirulkalam, saya antara yang telah diberikan kepercayaan sebagai watak kecil dalam membicarakan percaturan dunia dan menyuntik semangat penyambung warisan manifestasi penggerak ummah memohon keampunan di atas kesilapan, kelemahan dan kecacatan seandainya wujud dalam setiap bicara. Ribuan terima kasih kepada anda yang meluangkan sejenak masa. Sekali lagi ribuan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu, dan bergabung usaha dalam proses menerbitkan setitis ilmu sebagai titik tolak kesedaran bersama. Sekian, wasalam….

rindu khilafah

1 comment: