Sunday, July 18, 2010

Chapter 7: Firaun-Firaun Hari ini -bhg. 1 (Pesanan)

Daripada al-Quran nul Karim;

48). “Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat di timpalkan kepada orang-orang yang endustakan ayat-ayat Allah dan berpaling kepadanya”. 49). Lalu Firaun berkata, “ Jika demikian siapakah tuhan kamu berdua ini, hai Musa?” 50). Nabi Musa menjawab, “Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian tabi’inya yang ssuai dengannya, kepada ia memberi petunjuk dengan cara menggunakannya”. 51). Firaun bertanya lagi, “jika demikian bagaimana pula dengan kaum-kaum yang terdahulu?” 52). Pengetahuan mengenainya ada di sisinya, tertulis didalam sebuah kitab; Tuhanku tidak pernah keliru, dan juga tidak pernah lupa”. 53). (Dialah) yang telah menjadikan bumi sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan, lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka kami keluarkannya dengan berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlain-lain keadaannya. 54). Makanlah kamu daripadanya, dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; sesungguhnya semua itu mempunyai tanda-tanda yang membutikan keurahan Allah, bagi orang yang berakal fikiran. 55). Dari bumilah kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya semula kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi. . 56). Dan demi sesungguhnya! Kami perlihatkan kepadanya (firaun) ayat-ayat (mukjizat) Kami semuanya lalu didustakannya dan enggan (menerimanya)”.

(Surah Taha: ayat 48-56)


78). ”Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orangnya diliputi air laut yang menenggelamkan mereka dengan dahsyatnya. 79). Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ketempat kebinasaan, dan tidaklah ia membawa ke jalan yang benar”.

(Surah Taha: ayat 78-79)


Sesiapa yang biasa membaca al-Quran memahami bahawa salah satu mukjizat kitab agung ini, ialah ia akan sentiasa boleh dirujuk dan diaplikasikan kepada semua umur. Oleh itu sesorang boleh memahami bahawa contoh yang diberikan dalam al-Quran berkenaan al-Quran berkenaan Firaun, bukan merujuk kepada Firaun yang menentang Nabi Musa a.s sahaja. Tetapi kepada segala bentuk sistem pemerintahan yang mencabar ke-Esaan dan kekuasaan Allah, dengan tuhan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment