Sunday, July 18, 2010

Chapter 6: Peperangan Tenaga Manusia





Jika sebelum ini kamu masih sukar untuk memahami konsep-konsep yang dibentangkan, ini ringkasannya. Saya telah membincangkan yang kamu dalam 3 jenis tahap yang berbeza tetapi saling berkaitan:-

1. Minda (Mind)
2. Tubuh Badan (Body)
3. Roh Batin (Soul)

Jika kurang faham berkenaan potensi diri, kamu tidak akan faham pentingnya sistem penguasaan itu. Jadi inilah konsep yang kamu perlu faham. Saya sangat tertarik dengan kata-kata saintis berbangsa Yahudi, Albert Einstien (Tokoh saintis yang terkenal) . Mari kita sama-sama berfikir dan mengkaji. Menerusi hasil kajian tokoh saintis pada abad sebelum ini, dia (Albert Einstien) menegaskan bahawa sesuatu bentuk kehidupan segalanya adalah ‘Tenaga’. Dan jika dikaji tubuh kamu hingga ke zarah yang terkecil, apa yang kamu temui? Sudah tentu kamu dapat jawapan, ianya adalah Atom.

Jadi, apa maksud semua ini? Ini bermakna diri kamu pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga dengan bumi ini dan seluruh alam semesta! (Subhanallah!). Jadi secara konklusinya ini bermakna Allah s.w.t. menjadikan kamu sebagai ‘Pemancar Tenaga’. Dimana dengan erti kata lain, kamu boleh di pengaruhi oleh tenaga sekeliling dan paling penting anda boleh mempengaruhi tenaga di sekeliling kamj. Di mana, kamu boleh mengeluarkan tenaga positif atau tenaga negetif. Kamu juga boleh di pengaruhi oleh tenaga positif mahupun negetif. Bukankah ianya boleh kita lihat dan memikirkan menerusi hubungan dalam sesebuah kekeluargaan? Sebagai contoh, jika seseorang kanak-kanak di berikan didikan agama dan didikan yang menjurus kepada kebaikan, seseorang itu dapat di jadikan sebagai orang yang berguna. Bukankah ianya bersifat positif? Dan jika seorang kanak-Kanak di berikan didikan yang tidak bermoral serta berlakunya kepincangan dalam hubungan kekeluargaan, ia akan mempengaruhi minda kanak-kanak itu ke arah gejala yang tidak baik. Bukankah ianya bersifat negetif?

Sebagai contoh lain, jika kamu berada di kawasan yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan alam semula jadi, kamu akan merasa sangat selesa dengannya dan rasa amat tenang sekali. Kenapa? Kerana kita sedang menerima tenaga positif dari alam sekeliling dan secara tidak langsung ia mempengaruhi minda kamu secara positif. Sebaliknya jika kamu berada di suatu kawasan bandar, kamu akan merasa kurang selesa dan tertekan (Stress). Mengapa? Kerana kawasan Bandar dipengaruhi oleh lebihan tenaga negetif dan secara tidak langsung diri kamu sedang menerima tenaga negetif itu. Dan kesannya minda kamu akan di pengaruhi oleh tenaga negetif.

Bagaimana ini berlaku? Jika kamu menghasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga itu akan bergabung tenaga luaran sejenis iaitu positif. Jadi, kamu dikelilingi tenaga positif. Begitu juga jika kamu hasilkan tenaga negetif, kamu secara langsung akan berada dalam medan tenaga negetif, menarik negetif ke dalam diri kamu.

Jadi mari kita ambil dari kata-kata pepatah melayu;-

“Buat baik di balas baik , buat jahat di balas jahat”

Jadi apa yang kita peroleh menerusi kata pepatah ini? Ya, kita akan dapat jawapannya ialah ‘hukum alam’. Bukankah di dalam kitab suci Al-Quran juga ada menyebut bahawa balasan bagi orang yang berbuat baik adalah pahala. Dan balasan bagi orang yang melakukan kejahatan pula adalah dosa. Secara tidak langsung kita akan dapat melihat kesinambungan ayat-ayat suci Al-Quran menerusi kehidupan kita. Ini membuktikan bahawa Al-Quran adalah sebuah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. yang mencakupi segala aspek kehidupan di dunia ini (Subhanallah!).

menerusi penerangan-penerangan di atas, jadi ini bererti kamu amat sensitif terhadap tenaga di sekeliling kamu. Itulah sebabnya kamu merasakan sungguh selesa di kelilingi tenaga positif alam semulajadi. Sebaliknya, kamu berasa tidak selesa atau tidak senang dengan tenaga negetif dan kaku di sebuah bandar.



Penerangan ini akan di perjelaskan lagi melalui satu lagi contoh. Jika kamu memasuki sebuah masjid, kamu akan merasa ketenangan tenaga kerohanian. Kebanyakan masjid mempunyai kata-kata “masuk ke dalam rumah Allah, tinggalkan urusan duniawi, hanya urusan mengingatinya dan menyembahnya”. Kerana penyembahan (Solat) itulah tenaga di hasilkan sungguh positif dan penuh kerohanian. Itulah sebabnya 99% masjid di reka dengan reka bentuk sama iaitu mempunyai tiang-tiang atau tonggak-tonggak berbentuk segi lapan (0ctagon pillars) dan mempunyai kubah-kubah ( Domes) untuk menyalurkan tenaga positif. Dari masjid biasa di tempat kamu hingga ke masjid-masjid yang hebat,kesemuanya kamu akan dapati mempunyai ciri-ciri rekabentuk ‘Octagon pillars’ dan ‘Domes’.

Rekabentuk ini tidak terbatas kepada masjid sahaja, terdapat juga pada gereja dan kuil serta tempa-tempat beribadat yang lain. Kenapa agaknya??

Kerana bentuk Oktagon, kubah dan piramid ialah reka bentuk yang terbaik untuk menyalurkan tenaga. Apa yang menentukan jenis tenaga ( positif atau negetif ) yang di salurkan? Jawapannya ialah jenis aktiviti-aktiviti manusia yang berjalan di dalamnya. Bagi sesetengah bangunan kerajaan dan bangunan-bangunan yang lain yang di punyai oleh golongan elit, tentunya banyak upacara atau kegiatan yang dilakukan sebagai contoh rasuah, kegiatan maksiat, disko,perjudian dan banyak lagi. Hal ini sekaligus menyumbang dan menyalurkan tenaga negetif. Dan sebab itulah wujudnya rasa tidak selesa dan banyak permasalahan yang timbul.

Hampir kesemua binaan di hasilkan golongan elit berdasarkan ‘Geometri Suci’. Konsep universal ini di warisi sejak berzaman ( cuba kajiselidik rekabentuk bangunan Capital ). Sekiranya kamu faham hubungkait antara tenaga, seni bina dan diri kita, kita akan tahu kenapa sesuatu di reka bentuk sebegitu.


Sekarang mari kita kaji dan lihat apa yang di maksudkan dengan ‘Stargate’ atau pintu gerbang dimensi. Stargate adalah lokasi-lokasi di bumi yang di panggil ‘pusat vortex’ (Pusaran). Kerana jumlah jumlah tenaga yang tinggi di pusat itu, golongan itu membina beberapa monumen di pusat vortex. Oleh kerana mereka pemuja syaitan yang menganggap Lucifer ( Iblis ) tuhan mereka, tentu kamu tahu jenis tenaga yang mereka salurkan atau siapa yan diseru di dalam upacara pemujaan mereka.

Secara hakikatnya, Freemasons telah berkomplot menjatuhkan pemerintahan beraja dalam Revolusi Perancis. Apabila mereka mula mendarat di Amerika, mereka membawa bersama kepercayaan Freemasons. Mereka melarikan diri dari ketidakadilan pemerintahan beraja di Eropah dan terperangkap oleh kerajaan zalim British di Amerika pula.

Untuk mempunyai kuasa mutlak, golongan Freemasons menggunakan cara ‘Revolusi Perancis’ walau Freemason dibawah kuasa diraja British, mereka berperang dan korbankan rakyat. Freemasons menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap British dan sistem pemerintahan. Tetapi kali ini mereka memastikan bahawa ketua pemberontak adalah berfahaman Freemasons, iaitu General George Washington. Tanggal 4hb Julai 1776, Amerika Syarikat merdeka. Bermula pada hari itu, Negara pertama Freemason pun lahir dan mendokong aspirasi-aspirasi mereka. Tanda-tanda kewujudan mereka dan bukti kukuh bahawa General George Washington adalah berfahaman Freemason, amat mudah di dapati seperti pada duit Dollar yang mempunyai gambar George Washington dan simbol piramid. Tanda ‘All Seeing Eyes’ (Si Mata Satu) yang di sudahkan pembinaannya.

Dan dari situ pemerintahan dunia baru atau New World Order ( NWO ) pun bermula. Segala kegiatan di bumi ini sama ada di dalam dan di luar rumah mereka kawal dan memastikan bahawa setiap perlakuan itu dan apa yang kita lakukan mempunyai perkaitan dan unsur-unsur pemujaan Freemason. Buktinya, ramai anak-anak muda sekarang ini terlalu rapat dengan pengaruh hiburan, namun mereka alpa dan tidak sedar bahawa ia saling berkait rapat dengan idiologi Freemason. Hal ini tidak terlalu di titik beratkan kerana rata-rata antara kita terlalu asyik mengejar nikmat Duniawi.Di sini bagi menghuraikan dan mengupas permasalahan ini, kata kunci yang perlu kita pegang adalah ‘minat’ dan ‘pemujaan’. Mari kita definisikan perkataan ‘Minat’ pada masa sekarang, dan ‘Pemujaan’ di masa lalu..Mari ita teliti apakah perkaitan kedua-dua perkataan ini.


Melalui perkataan ‘pemujaan’. Pada zaman dahulu iaitu di zaman mesir purba, apabila kita mengkaji peradaban mereka melalui sejarah dan al- Quran, kita akan mendapati bahawa di zaman mesir purba iaitu semasa perintahan Firaun terdapat unsur-unsur pemujaan kepada pemerintah ( Firaun ). Maka, menerui idea inilah mereka membawa konsepnya sehingga sekarang. Tidak pelikkah kamu mengapa begitu banyak simbol-simbol yang mereka ukir di setiap tempat di dalam piramid purba. Kamu juga akan dapati ia juga di ukir di pasu-pasu. Apa maksud yang tersirat semua ini? Ini kerana setiapnya adalah maklumat yang tersangat penting bagi keturunan mereka akan datang. Jadi bila di buat perbandingan dengan sejarah lalu dengan zaman kita ini kita akan dapat menyimpulkan dengan jawapan bahawa konsep hiburan yang menyanjungi seseorang artis persis pemujaan kepada firaun. Cuma kita tidak menyedarinya. Cuba anda menghayati lirik lagu ‘Umbrella’ nyanyian artis barat iaitu Rihanna. Kamu akan mendapati ianya mempuyai unsur pemujaan terhadap tuhan-tuhan firaun dan yang pastinya ia di tujukan kepada tuhan Ray atau tuhan matahari ( Sun God). Berdasarkan kepada kitab al-Quran, bukankah tercatat sejarah dan pemberitahuan bahawa di masa perintahan firaun, mereka menyembah matahari?

Rata-rata golongan artis tidak menyedari bahawa usaha dan titik peluh mereka dimonopoli secara senyap-senyap ( Silent Monopoly ) oleh kuasa asing yang mengawal media massa di barat. Jika di perhalusi secara terperinci ianya adalah sebuah bentuk penjajahan juga. Secara konsepnya, minat terhadap seseorang bintang atau idol adalah sehingga mewujudkan fenomena ketaksuban ianya adalah sama sahaja dengan puja atau pemujaan. Rata-rata kita tidak menyedari hakikat ini kerana mereka yang tahu adalah artis di barat kerana di sana lah bermula idea sebegitu. Dan di kalangan mereka juga ada yang tidak mengetahui semua perancangan dan idea pembawakan Freemason ini kerana, mereka yang bersuara lunak. Akan di jadikan idola dan sebagai alat perantara penularan idea keji mereka dan bagi mereka yang tidak lunak hanya di jadikan sebagai boneka untuk menutup niat mereka dan mereka juga di pergunakan sebagai ‘Topeng’ bagi mereka agar wajah sebenar mereka di selindungkan.

Pemerintahan dunia baru, New World Order (NWO) adalah berkonsepkan untuk di persembahan yang lepas. Dan firaun yang di tunggu-tunggu sekalian lamanya, Dajjal al-Masih.


“Engkau melihat kebanyakkan mereka mengangkat orang-orang kafir menjadi wali (ikutan). Sesungguhnya amat jahat apa yang mereka kerjakan untuk diri mereka. Iaitu kemurkaan Allah kepada mereka, sedang mereka kekal di dalam seksa”.

( Surah Al- Ma’aidah: Ayat 80 )



Seperti yang diterangkan oleh 3 Agama besar dan Nabi-Nabi agungnya. Kita semua mesti bersatu menentang musuh-musuh bersama. Malangnya, ia tidak berlaku demikian. Di harapkan rencana ini dapat mengilhamkan impian tersebut.

No comments:

Post a Comment