Sunday, July 18, 2010

Chapter 2: Bukti di Dalam al-Quran

Iblis berkata: “Wahai tuhanku! Oleh kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperolokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan segala zuriatnya di bumi ini, dan aku akan menyesatkan mereka semua.”

(Surah al-Hijr; Ayat 39)


“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba yang di bersihkan dari sebarang syirik”

(surah al-Hijr: Ayat 40)

Dan sebenarnya peperangan itu telah tercetus sekian lama. Blog ini adalah sebuah cerita berdasarkan sebuah pengalaman dan sejarah lampau yang mendalam dan sebagai sokongan kepada blog-blog yang telah ditulis sebelum ini. Kerana ia penuh dengan kejutan dan maklumat-maklumat yang teramat penting. Ia mepersembahkan penerangan yang terperinci dan berdasarkan gambar-gambar yang mengejutkan sambil merungkai erti makna yang tersirat kepada para pembaca. Jadi mari kita bersedia meningkatkan kesedaran dan melakukan yang terbaik untuk menyebarkan maklumat ini kepada yang lain. Supaya mereka tahu apa yang berlaku di dalam dunia ini. Kita perlukan setiap seorang untuk menuju kepada jalan Allah s.w.t. Dan perlu di ingatkan berapa banyakkah orang yang telah di sucikan atas dasar belas kasihan dari Allah s.w.t. dan berapa banyakkah yang telah menggadaikan nyawa untuk bekerja dengan syaitan dan pelan-pelan jahatnya?


“Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang di bacakan oleh syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman a.s. Pada hal Nabi Sulaiman tidak pernah mengamalkan sihir yang kufur itu. Akan tetapi syaitan-syaitan itu telah kafir kerana merekalah yang telah mengajar manusia mengerjakan ilmu sihir. Dan apa yang di turunkan oleh malaikat Harut dan Marut di Babil (Babylon) sedangkan mereka tidak pernah mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata; sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan untuk iman kamu. Oleh itu janganlah kamu menjadi kafir. Dalam pada masa itu ada juga orang yang telah mempelajari dari
Mereka berdua: ilmu sihir yang yang boleh menceraikan seorang suami dengan isterinya. Padahal mereka sama sekali tidak akan dapat memudaratkan seseorang pun dengan sihir itu kecuali dengan izin Allah. Dan mereka sebenarnya mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dantidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (Yahudi) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat kebahagiaan di akhirat kelak. Demi sesungguhnya, amatlah buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”.


(Surah al-Baqarah; Ayat 102)






Jadi persoalannya, apa kepentingan disebalik ayat ini??

20 tahun selepas Jerusalem di ambil, bangunan batu Masjid Al-Aqsa di kuasai oleh sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka satria-satria istana Nabi Sulaiman. Di Jerusalem, satria-satria itu telah terpesong jauh dari ajaran sebenar ajaran kristian. Mereka mempelajari ilmu rahsia ‘kabbala’. Sebuah bentuk sihir purba orang yahudi. Yahudi telah mempelajari ilmu sihir ini melalui ilmu purba kaum mesir semasa zaman perhambaan kepada firaun dan perkembangan Babylon.

Pada tahun 1307, Raja Phlipe dari France menangkap mereka kerana penafian Nabi Isa, Kegiatan Homoseks, penyembahan berhala dan sihir. Walau demikian, ini tidak menandakan pengakhiran mereka. Kerana apa yang di mulakan di Babylon dan Mesir purba, masih di amalkan di zaman ini. Kalau di ikutkan mereka telah melakukannya selama beberapa alaf yang lalu. Disebalik tabir, mereka telah merancang setiap peperangan, setiap revolusi, dan setiap kemelesetan ekonomi.

Mereka mengawal segala benda yang kita baca, segala yang kita lihat. Mereka telah berjaya mempengaruhi seluruh populasi bumi dengan cara pemikiran mereka. Bagaimana mereka melakukannya? Mereka melakukannya melalui penguasaan minda atau dengan erti kata lain ‘penjajahan minda’.

No comments:

Post a Comment