Sunday, July 18, 2010

Chapter 1: Permulaan kata

Dunia sudah berubah…
‘Saya’ merasanya di dalam air...
‘Saya’ merasanya di dalam tanah…
‘Saya’ menghidunya di udara….
Apa yang dahulunya ada telah hilang...”


Ketika saya menjalani kehidupan seperti orang lain juga, saya telah percaya bahawa tatacara dunia sekarang adalah apa yang setiap dari kita perlukan. Namun hakikatnya, kepercayaan itu selama ini meletakkan minda manusia jauh dari sifat keterbukaan dan kebebasan. Hanyut secara sinis dan tanpa sedikit perasaan protes serta menerima apa sahaja yang diberikan oleh dunia sekarang menambahkan lagi ‘keyakinan palsu’ bahawa kita berada dilandasan kehidupan yang betul. Namun, apabila berhadapan dengan pandangan masyarakat, dan pengalaman yang lampau, hati yang kerdil mula terdetik lalu mengatakan bahawa terdapat sesuatu yang tidak benar dalam institusi kehidupan kita pada hari ini. Sesuatu yang kita terlalu suka akannya tetapi ia menjauhkan kita dari fitrah hidup insani, sesuatu yang kita rasa terbaik bagi kita padahal ia amatlah buruk bagi kita. Pengalaman yang lalu telah mengajar erti pencarian makna kehidupan yang sebenar. Maka hasil pencarian digarapkan bersama bagi membuka mata yang telah lama tertutup, hati yang telah lama membeku, jiwa yang telah lama terpuruk dan minda yang telah sekian lama dipenjara.

Bingkisan penjelasan ini mendedahkan dan memberi beberapa gambaran tentang sebuah konspirasi dunia yang di inspirasikan dari sejarah pergerakkannya serta perkaitannya dengan sistem pemerintahan. Pendedahan ini juga turut menceritakan asas-asas Dajjal dan sistem pemerintahannya serta perkaitannya dengan dunia kita hari ini, menyentuh tentang Imam Mahdi dan penurunan kedua Nabi Isa a.s. Penceritaan ini memberi gambaran fakta apa yang sedang berlaku kepada dunia hari ini dan mengupas serta memaparkan dengan lebih terperinci berdasarkan sebuah hadis.


“Saya memberi amaran kepada kamu semua tentang dia (Dajal). Dan nabi-nabi terdahulu telah mengingatkan kaum mereka tentang dia.Harus tahu bahawa Dajjal itu bermata satu dan Allah s.w.t tidak bermata satu”

(Hadis sahih Bukhari, diriwayatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w)

Hampir kesemua budaya telah meramalkan ketibaannya. Walaupun sesetengah takut akan ketibaannya, namun perlu diketahui bahawa ramai yang telah bersedia selama beribu tahun membuka karpet merah atau lebih tepat membuka ‘karpet hitam putih’. Namun apakah apakah sebenarnya tanda-tanda ketibaannya?

Sejak permulaan tamadun lagi asas-asas penyembahannya telah disediakan. Antara tempat- tempat yang di maksudkan adalah Babylon, Mesir Purba (Ancient Egypt), Maya dan sekarang, pelbagai pelusuk secara khususnya boleh kita lihat terdapat banyaknya bangunan dan monumen-monumen yang berbentuk piramid serta wujudnya pertubuhan anti-christ (pertubuhan Iluminati). Namun begitu, apa perkaitannya antara piramid dan pertubuhan anti-christ ini? Perkara ini akan di bentangkan dan di beritahu.

Jelajahi setiap tajuk yang dibentangkan. Dan di pengakhirannya nanti, kamu akan memperoleh satu kejutan atau mungkin juga jawapan yang kamu ingin cari dan ketahui selama ini. Serta diharap dapat membuka minda kamu dan menggerakkan kamu dari dibuai lena yang berpanjangan dan kamu juga akan mengerti bahawa kehidupan kamu adalah sebuah ‘Pencarian konklusi’. Kamu sedang berdepan dengan satu penyakit ‘konspirasi’ yang sedang menjangkiti dunia kamu dan ia sedang menjalar secara senyap dan tidak nampak kesetiap ruang peluang yang ada bagaikan sebuah ‘percaturan dunia'.

No comments:

Post a Comment