Sunday, July 18, 2010

Chapter 5: Binaan Arkitek dan Tenaga bhg. 1 (Rekabentuk)










kuil Bagan Budhist, bangunan Capital dan Masjid as-Sakhra,


Untuk memahami mengapa sesetengah bangunan dibina sedemikian, kamu pertamanya mesti memahami konsep tenaga. Beberapa bangunan dibina untuk satu tujuan iaitu menyalurkan tenaga. Namun semua itu tidak mungkin terjadi tanpa kamu. Perkara-perkara yang dilakukan didalam bangunan itu menentukan jenis tenaga apa yang disalurkan. Dan seperti semua benda di dunia, ia boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan.
Apakah binaan yang paling cekap menyalurkan tenaga? Piramid, kubah dan oktagon. Rekaan ini adalah yang paling kuat dan efisien dalam menyalurkan tenaga. Para elit memahami konsep ini dengan baik, kerana ia dibuktikan dalam cara mereka membina bangunan mereka. Sementara masjid, gereja, dan sinagog (rumah ibadat yahudi), direka bentuk untuk menyalurkan tenaga positif. Para elit membina bangunan mereka untuk menyalurkan tenaga negetif. Dan di penghujung hari, ia menjadi satu pertempuran antara tenaga. Dajjal tidak boleh muncul jikalau tenaga di dunia ini ada pada satu kadar tertentu.


Berikut adalah beberapa jenis binaan bangunan sekarang ini. Dan kamu boleh melihatnya jika kamu mencari. Bangunan-bangunan yang menggunakan bentuk-bentuk seperti bebola (orb), penyilangan dua satah, piramid, pencantuman (fusion), dan semestinya pencakar langit tertinggi di dunia, Burj Dubai. Sejak menara itu melepasi ketinggian 2,300 kaki beberapa ketika dahulu, Dubai berada dalam keadaan kabus hampir setiap kali. Ia sekarang berada pada 2,950 kaki dan masih meninggi. Dubai yang dulunya merupakan sebuah kawasan tanah pasir tandus, telah sekarang menjadi kawasan berkabus. Tiada ahli kaji cuaca boleh menerangkan fenomena ini. Hairan bukan?


Tetapi hanya benda hidup sahaja yang boleh menghasilkan tenaga yang di kaut. Bangunan yang bertujuan untuk menyalurkan tenaga negetif mahupun positif berada disekeliling kamu. Dan apa sahaja bertuk perbuatan dan perilaku yang dijalankan di dalam bangunan-bangunan ini adalah penentu kepada tenaga yang di salurkan.

Jika kamu membuat kajian, bahawa bangunan-bangunan penting dunia dibina di atas persilangan ‘garisan Ley’. Garis-garis Ley menandakan titik tenaga strategik pada bumi. Apabila geometri suci, garis-garis Ley, dan binaan arkitek disatukan, akan terhasillah sesuatu yang dinamakan ‘Stargate’. Membuka pintu ke alam lain.




No comments:

Post a Comment