Tuesday, August 3, 2010

Chapter 8: Pemerintahan Dunia Baru.















Akhirnya. Kamu telah menghabiskan bahagian pertama blog ini. Sudah tiba masanya saya menanyakan satu soalan, mengapa kamu masih lagi membaca penerangan ini? Biar saya beritahu kamu di sini. Kamu di sini kerana kamu telah tahu sesuatu. Tetapi kamu tidak boleh menerangkannya. Tetapi kamu merasanya sepanjang hidup kamu. Bagaikan ada sesuatu yang tidak betul dengan dunia ini tetapi kamu tidak tahu apa bendanya. Tapi ia sentiasa ada dalam pemikiran kamu. Macam bisul yang membuatkan kamu gila. Perasaan inilah yang mebawa kamu ke sini. Jadi, apakah maksud ‘Pemerintahan Dunia Baru’ ini? Ia ada di sekeliling kita. Malahan ada juga di dalam setiap ruang rumah kamu. Kamu boleh melihatnya di luar tingkap. Atau apabila kamu membuka televisyen kamu. Kamu boleh ‘merasanya’ apabila kamu pergi bekerja, Kamu pergi ke gereja, apabila kamu membayar cukai kamu. Ia adalah dunia yang telah menyeliputi mata kamu untuk membutakan kamu dari melihat kebenaran. Kamu ingin tahu kebenaran apa? Kebenaran yang kita adalah hamba kepada dunia. Seperti orang lain, kamu dilahirkn di dalam sebuah penjara yang tidak boleh bau, rasa, ataupun sentuh. Sebuah penjara untuk minda kamu.


Apakah Definisi Dajjal?

Jika kamu lihat kata akar dalam Bahasa Arab, perkataan Dajjal di gunakan oleh orang arab apabila seekor unta telah luka dan di jangkiti. Mereka akan meletakkan sesuatu di atas sebagai ubat dan mereka menggunakan perkataan itu untuk menutup luka itu supaya kamu tidak nampak penyakit unta tersebut (bukankah keadaan ini sinonim dengan perbuatan menipu dan fitnah?). secara luarannya, unta itu akan kelihatan elok kerana luka itu telah ditutupi.
Dajjal ini sebegitulah. Dia menutup luka atau penyakit dunia ini sekarang dan membuatkan kamu yang penyakit itu elok. Jadi idea dajjal ini adalah dia akan meniru apa yang di cakapkan oleh Nabi isa a.s bahawa dunia akhirat lah yang patut kamu kejar. Namun Dajjal akan menyongsangkannya dan berkata bahawa dunia sekaranglah yang patut kamu kena kejar. Seperti kata nabi isa bahawa dunia ini adalah sebuah illusi dan bayangan. Dajjal seperti biasa akan menyongsangkannya dengan berkata bahawa dunia akhirat lah sebuah ilusi dan bayangan.

Bermakna dia akan memaksa kamu mempercayai bahawa dunia sekarang berbaloi untuk kamu kejar. Seperti pepatah iklan arak Budweiser, ‘kamu hanya hidup sekali, jadi nikmatilah sepenuhnya’. Inilah mesej zaman kini. Sebuah mesej yang mendalam tentang ilusi dunia. Sebuah mesej, memberitahu semua orang yang mereka akan gebira dengan pembelian barangan. Beli lebih dan teruskan bergembira. Inilah slogannya, ‘Don’t worrry, be Happy’. Dan dibelakang duit 1 dollar Amerika, terdapat sebuah lambang. Ia dipanggil ‘The Great Seal of The United State/ simbol agung Amerika’. Dan di belakang tadbir lambang ini, adalah sebuah piramid bermata satu.


Sekarang, mata satu ini melambangkan tuhan matahari Mesir, Ray. Dari situlah kita dapat perkataan ‘Sunray’. Kedua-duanya berkait rapat dan dia muncul berkali-kali. Ray ini lah tuhan kepada Freemansons. Jika kamu lihat piramid ini, ia sudah pun di bina kecuali bahagian atasnya. Mata itu sedang tergantung di atas piramid dan ia masih lagi belum turun. Bagi mereka, mereka percaya, sehinggalah mereka menyiapkan projek jahat mereka yang di panggil ‘Novus Ordo Seclorum’ dan ‘Annuit Aceptis’, dalam erti kata lain sehinggalah tuhan mereka berpuas hati dengan projek mereka ini. Namun persoalannya, apakah projek ini? Projeknya secara umum adalah ‘pembulatan dunia’ ini. Untuk membuang kepercayaan agama dari masyarakat dunia. Inilah projeknya! Dan sebab itulah ia di panggil ‘Novus Ordo Seclorum’. Sebuah pemerintahan dunia baru. Jika kamu menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab, ia akan merujuk kepada ad-Duniawi. Bukan al-Jadid, tetapi ad-Duniawi. Pemerintahan ‘sebentar’ dunia, pemerintahan dunia baru. Ataupun ‘Pemerintahan Duniawi Baru’. Sebuah pemerintahan berasaskan ilusi dan kebendaan. Sebuah dunia kebendaan yang dipenuh nikmat dunia yang secara realitinya, kamu tidak akan mencapai sepenuhnya.

Namun, melalui ilusi yang dibawa ‘Dajjal’, kamu akan sanggup menggadaikan nyawa kamu untuk mencapainya. Untuk mencapainya, kamu perlu menjadi sebahagian dari sistem itu, kamu perlu patuh kepada kepadanya. Dan apa yang kamu akan jadi selepas itu? Jawapannya adalah ‘Seorang hamba’.

No comments:

Post a Comment