Sunday, August 1, 2010

PEMBEBASAN MINDA

Seterusnya topik kali ini akan membincangkan tentang masalah yang kamu hadapi untuk membebaskan minda rakan-rakan dan ahli keluarga kamu apabila di dedahkan dengan maklumat sebegini. Saya pasti ia agak sukar untuk menyebarkan maklumat konspirasi ini kepada orang lain. Ada di antara mereka yang berusaha memberikan maklumat sebegini kepada rakan-rakan dan keluarga serta masyarakat umum, tetapi mendapat tentangan masyarakat, mereka mentertawakan kamu, mereka mengatakan yang kamu gila dan memberi kamu nama-nama yang tidak sepatutnya. Dan ini amatlah biasa apabila berhadapan dengan maklumat-maklumat sebegini. Saya juga menghadapinya dan bagi saya, orang-orang yang mendalami ilmu-ilmu sebegini telah menghadapinya juga.
Semasa saya mula-mula menemui bahan-bahan ini dan sedar akan apa sebenarnya yang tidak betul tentang dunia ini, saya merasa ianya merupakan satu kewajipan saya untuk menyebarkan dan menyedarkan orang di sekeliling saya tentang maklumat baru yang saya temui ini. Tetapi saya sedar ianya sukar. Sebuah pengajaran Cina terlintas ke minda saya di mana, apabila guru-guru ingin mengajar ilmu kepada pelajar mereka, guru-guru ini selalu berkata:

“Jikalau seseorang itu haus, kamu berikannya separuh cawan air. Jikalau dia masih haus, maka berikannya lagi separuh cawan air”.

Ini bermakna, yang pertamanya apabila seseorang itu ingin mempelajari ilmu, dia haruslah berasa haus akannya. Dan apabila kehausan ilmu mereka itu dikomunikasi kepada kamu, maka kamu bekalkan mereka dengan ilmu tersebut. Jangan memberikan mereka ilmu itu sekaligus kerana ini hanya akan menjauhkan mereka dari ilmu itu. Berikan mereka separuh dahulu. Jikalau mereka meminta lagi, berikan lagi separuh ilmu itu kepada mereka. Jikalau mereka tidak lagi meminta, maka ia bukanlah tanggunjawab kamu. Mereka akan mempelajari dalam kehidupan mereka kelak. Cara yang terbaik untuk orang-orang melihat dan mengubah cara pemikiran mereka adalah dengan mereka sendiri melalui pengalaman itu. Juga dengan cara mereka mengkaji ilmu itu sendiri daripada diberitahu oleh orang lain.
Jadi jika kamu ambil kisah tentang seseorang, atau jika kamu ingin mengongsi akan maklumat inikamu harus lakukannya dengan lebih bijak. Juga kamu haruslah menarik minat mereka dengan memberi jawapan dari sebaliknya menanya soalan kepada mereka. Sambil-sambil kamu menonton berita dengan rakan kamu, dan dia pula bertanya tentang situasi-situasi tertentu yang sedang disalurkan dalam berita, tanya dia, mengapa kamu rasa ia sedemikian? Mengapa kamu rasa berita-berita ini ditayangkan kepada kita? Memberi perbincangan yang berikut dari sebaliknya memberi khutbah kepadanya, kamu akan membina sebuah hubungan kepercayaan dan keselesaan di antara kamu dengan pendengar kamu. Dan ini pula akan membantu kamu pergi ketahap yang seterusnya, iaitu cara kamu memberi ilmu yang berharga kepadanya. Kemudian, merekalah yang akan bersedia untuk melihat dan juga bersedia untuk dibebaskan.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”.


(Surah Al-Nahl : Ayat 125)

Namun, tidak ramai yang akan menerimanya. Walau apa pun kamu janganlah terasa sangat akan penolakan mereka. Sekarang mari kita lihat, mengapa ini terjadi. Mengapa orang-orang akan menolak dan melawan maklumat-maklumat sebegini?. Mengapa mereka menyerang kamu? Ia berlaku salah satu sebab yang berikut:

1. Dari sudut pandangan psikologi, maklumat sebegini bukan senang untuk di hadam. Seseorang yang tidak boleh menerima maklumat sebegini akan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Otak mereka tahu bahawa maklumat yang diberikan itu akan memaksa otak untuk menyusun semula dan memprogram semula beberapa maklumat tertentu yang mereka telah kumpulkan sepanjang hayat. Otak mereka akan melawannya dan sebab itulah ia memerlukan daya usaha yang tinggi untuk melawan maklumat ini, cara yang paling baik untuk mengelak usaha yang sedemikian adalah dengan menolaknya.(di sini kamu akan dapat fahami bahawa betapa sukarnya tanggungjawab nabi-nabi Allah, para ulamak terdahulu. Disaran kamu mengkaji sejarah hidup Nabi Muhammmad S.A.W).

2. Sebab kedua adalah berhadapan dengan masalah kesombongan. Oleh sebab kesombongannya, dia akan melawan kamu dan juga maklumat kamu kerana dia merasa apa yang dia percaya adalah lebih benar dari apa yang di katakan oleh kamu. Mereka tidak boleh menerima bahawa kamu berkemungkinan menemui maklumat benar yang mereka tidak temukan sebelum ini. Dan oleh kerana mereka mahu melindungi maruah mereka, mereka menolak maklumat-maklumat kamu.

3. Pada kebanyakan kes, mereka terlalu selesa denagan kehidupan mereka yang pantas sehinggakan mereka tidak mahu mengubah cara hidup mereka. Mereka tidak menghiraukan apa yang sedang berlaku di dunia ini. Mereka terlalu mementingkan diri mereka sendiri.

4. Kamu kena faham, kebnyakkan mereka tidak bersedia untuk menerima kebenaran. Dan kebanyakkan mereka telah terbiasa dengan sistem ini sehinggakan mere sanggup menggadaikan nyawa untuk melindunginya.

5. Mereka percaya akan nilai suara sistem itu. Ia telah menjadi penentu abadi kepada kehidupan mereka. Apakah suara sistem ini? Jawapannya adalah Media. Pemukau paling hebat di dunia adalah sebuah kotak (televisyen) disebuah penjuru bilik. Ia sedang memberitahu kita apa yang sepatutnya di percayai adalah benar. Bagaimana ia menceritakan tentang al-Qaeda, pengganas dan Osama bin Laden. Dalam kebenaran, akan diselitkan pembohongan.


Jikalau kamu boleh mempengaruhi orang yang apa yang sedang dilihat oleh mata mereka adalah yang sebenarnya, kamu gagal. Kerana mereka akan mentertawakan kamu tentang maklumat kebenaran dan apa sebenarnya yang sedang berlaku didalam dunia ini. Dan mereka telah pun mentertawakannya. Contohnya berita FOX pernah mendakwa yang api-api itu berkemungkinan di lakukan oleh al-Qaeda. Mengaitkan bahawa dalangnya adalah Osama bin Laden, dan Osama bin Laden pula dikaitkan dengan islam. Namun, mereka yang melihatnya terus mempercayai berita yang di sampaikan oleh media tanpa ada keinginan mencari buktinya. Apabila kamu mengkaji, kamu akan mendapati kepada siapakah al-Qaeda dan Osama bin Laden ini bekerja? Kamu akan dapat jawapannya bahawa ia adalah untuk golongan atasan illuminati yang merangka untuk penubuhan Novus Ordo Seclorum (New world Order/Pemerintahan Dunia Baru). Insiden terbabit tiada kaitan dengan islam. Ia hanyalah pemanipulasian maklumat yang dilakukan oleh media barat.
Namun kebanyakkan mereka mempercayai illusi ini. Kerana lebih kurang 3% sahaja diantara kamu yang membaca buku. Kerana lebih kurang hanya 15% sahaja daripada kamu semua yang membaca surat khabar. Kerana hanya ‘kebenaran’ yang hanya kamu tahu adalah melalui apa yang di salurkan kamu melalui tiub ini. Sekarang, terdapat generasi yang tidak tahu apa-apa selagi mereka tidak keluar dari ’tiub’ ini. ‘Tiub’ ini bagi orang barat yang mngaburi kamu melalui medi ini menganggapnya seperti gospel dan revolusi palin agung. ‘Tiub’ ini boleh membuat atau menghancurkan presiden, paderi dan perdana menteri serta pemerintah. Bagi mereka juga, ‘tiub’ ini adalah kuasa yang paling hebat dalam dunia ini. Dan dimanakah kita jika ia tidak jatuh ke tangan-tangan orang-orang yang bersalah?

Dan apabila syarikat ke-12 terbesar di dunia ini mengawal kuasa paling besar propaganda dalam dunia ini, siapa tahu benda yang akan didedahkan dalam rangkaian ini? Jadi kamu perlu faham. Televisyen bukanlah kebenaran. Televisyen hanyalah sebuah ‘taman rekreasi’. Televisyen adalah sebuah sarkas, karnival, pencerita, penari, penyanyi, dan penjinak singa serta pemain-pemain bola sepak atau keseluruhannya boleh di katakan sebagai sebuah ilusi. Jadi kalau kamu mahu kebenaran, rujuklah tuhan kamu (melalui al-Quran). Rujuklah nabi kamu (melalui sunnah). Rujuklah guru-guru kamu. Rujuklah diri kamu sendiri. Kerana di situ sajalah kamu akan menemukan kebenaran yang sebenar.

Kamu tidak akan dapat memperolehi kebenaran yang di ingini daripada mereka yang terlibat dalam penyebaran maklumat yang telah diputarbelit melalui ‘tiub’ (televisyen) ini. Dan dalang disebalik semua ini (golongan illumiati), akan memberitahu apa-apa sahaja mereka mahu. Mereka terus menipu dan memfitnah dibalik fakta kebenaran (fakta yang benar dicapur adukkan dengan pembohongan). Dan walaupun banyak mana masalah-masalah yang di hadapi oleh ‘wira-wira’ mereka, mereka tidak risau. Tegoklah jam kamu, dan pada bila-bila masa mereka mendapat kemenangan. Mereka ini akan memberitahu kamu apa sahaja benda yang mengarut yang kamu mahu dengarkan. Mereka melakukan ilusi disini. Ianya tidak benar. Tetapi kamu yang duduk di situ hari demi hari, malam demi malam, semua peringkat umur, warna kulit, merekalah apa yang kamu tahu. Kamu telah mula mempercayai ilusi yang mereka buat dan yang mereka putar belitkan. Kamu mula mempercayai yang ‘tiub’ (televisyen) ini adalah kebenaran dan kehidupan kamu semua sebenarnya tidak wujud. Kamu buat apa sahaja yang ‘tiub’ itu suruh buat, kamu pakai seperti ‘tiub’, kamu makan seperti ’tiub’, kamu juga berfikir seperti ‘tiub’, ia adalah sebuah penyakit.
Salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit ini adalah dengan mengamalkan budaya membaca buku-buku ilmiah. Mengapa pula membaca? Kerana ia adalah satu-satunya jalan untuk membebaskan minda kamu dari fitnah dan pembohongan media. Cuba kamu kaji, agama manakah yang menekankan amalan membaca sebagai suatu kepentingan? Kamu akan dapati ianya adalah islam. Kamu inginkan buktinya? Saya ingin bertanya kepada kamu apakah kalimah yang pertama sekali? Justeru itu kamu akan dapati kalimah pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. adalah Iqra’. Apakah yang di maksudkan dengan Iqra’? Iqra’ beerti ‘bacalah’. Bermakna Allah S.W.T. tidak memulakan komunikasi-Nya dengan umat Muhammad S.A.W. dengan kalimah ‘sujudlah’ atau ‘ingatlah’ atau ‘berjuanglah’ dan sebaliknya. Tentunya ada sesuatu yang tersirat dan besar yang di sebalik ketentuan-Nya ini.

‘Bacalah’. Tetapi apa yang hendak di baca? Mengikut Imam Ghazali, kita mesti ‘membaca’ ayat-ayat maqru’ah (al-Quran) dan kita juga mesti membaca ayat-ayat manzurah (alam dan segala ciptaan Allah). Mengapa? Kerana kedua-dua ayat inilah yang membentuk ilmu naqli dan aqli. Jadi, maksudnya adalah, yang pertamanya, kita perlu membaca bahan yang berkaitan terus dengan ilmu naqli (al-Quran dan Hadis). Kedua, kita perlu membaca ilmu yang berkaitan dengan aqli (sains, matematik, ekonomi dan lain-lain).
Dengan membaca ayat Maqru’ah, kita akan dapat membentuk diri menjadi hamba Allah yang baik. Dan dengan membaca ayat Manzurah, kita akan dapat menjadi khalifah yang memberi kebaikan kepada diri, orang lain dan persekitaran kita. Kepentingan membaca ini telah Allah tekankan melalui surah al-‘Alaq dan telah diuanngi perkataan iqra’ sebanyak dua kali. Perkataan bacalah (iqra’)s yang pertama dalam ayat pertama surah al-‘alaq. Kedua, dalam ayat ketiga dalam surah yang sama.

“Bacalah (ya Muhammad) dengan nama tuhan-mu yang telah menciptakan. Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu amat pemurah. Yang mengajar (menulis) dengan pena. Yang mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.
(al-Alaq: 1-5)


Maksud iqra’ bukan sekadar ‘membaca’ dalam erti yang biasa. Tetapi ia mempunyai makna yang lebih holistik dan bersepadu. Ini kerana kalimah iqra’ sendiri didefinisikan daripada kata kerja “qara’a” yang asalnya bererti ‘menghimpun’. Oleh itu, secara tidak langsung termasuk dalam pengertian iqra’ juga adalah menyampaikan, menelaah, membaca, menelitidan mengetahui ciri-ciri sesuatu yang mencakupi persoalan alam, diri, masyarakat dan lain-lain. Imam al-Ghazali pernah mengingatkan bahawa, ilmu itu imam, amal itu makmumnya.
Bacalah. Kerana membca itu anak kunci kepada ilmu. Ilmu pula imam kepada segala amalan. Dan amalan itu akan membawa kepada taqwa. Allah S.W.T. telah memilih Iqra’ (bacalah) untuk mentarbiah umat.
Jika kamu telah membaca dan mengikuti apa yang telah disampaikan dan cuba diterangkan dari awal buku ini, pada takat ini kamu patut dapat memahami dan melihatnya dengan jelas. Sekarang kamu boleh mengetahui apa yang sebenarnya. Kamu boleh membuat pandangan dan jawapan kamu sendiri. Pada tahap ini, kamu telah mendapat penglihatan kamu yang selama ini mereka tutup. Kerana sekarang, jika hati kamu tersedar akan semua pembohongan ini, minda telah kamu bebas dari sebahagian fitnah mereka.

No comments:

Post a Comment